Re-branding

Assalamualaikum pembaca semua. Awal kata, aku ingin menggunakan "aku" dan kepada siapa yang merasa tidak senang, minta maaf. Tiada niat untuk membuat kalian tidak selesa, kerana blog ini adalah tempat aku berkongsi cerita dan seperti diary peribadiku.

Permulaan baru untuk aku, setelah lama aku menggunakan nama "Amir Jahari", disini aku ingin berkongsi kenapa aku matikan nama tersebut dan niatku untuk menukar kepada nama yang baru.

Aku sekarang menukar nama pentasku dari "Amir Jahari" kepada "Hamba". Kenapa?

Kerana aku ingin menjadi manusia yang baru, bukan lagi menjadi aku yang dulu seperti "Amir Jahari". Banyak kenangan pahit dan manis akan nama "Amir Jahari", dan aku bukan lagi "Amir Jahari" yang kalian kenal dulu. 

Alhamdulillah, dalam kesempatan tahun 2020, aku telah banyak belajar dan mendalami ilmu yang sepatutnya aku dalami, dan aku telah menjumpai diriku yang sebenar. Industri muzik bukan seperti yang kalian sangkakan, populariti, keduniaan, dan segala benda yang kotor telah menguasai industri sejak dulu lagi, dan aku dah melihat dengan mataku sendiri. Tapi masih ada lagi golongan yang baik dan memperjuangkan benda yang baik dalam industri. Alhamdulillah. Cuma, kurang perhatian pada mereka yang mengejar kebaikan.

Dengan ini, aku umumkan, Hamba, namaku yang baru, akan mula bekarya dan merancang untuk album pertamaku nanti. Album "Hamba" ini nanti, bukan untuk dijual atau untuk populariti, aku doakan, album "Hamba" ini nanti adalah untuk mereka yang benar-benar memerlukan dan khusus buat mereka yang mencari "cinta" dan mencari "diri". Disamping itu juga, mencari "makna kehidupan" itu sendiri.

Album ini juga adalah album 100% DIY. Music Video dan lagu-lagu di dalam album ini nanti akan aku usahakan sendirinya bersama pendengar setiaku, "Nusantarasa". Semoga kalian semua dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.

Vlog aku akan diteruskan dengan nama yang baru, dan semua Vlog akan aku kongsikan di blog ini. 

Dengan berkat nama Muhammad SAW, aku mulakan perjalananku yang baru dengan Bismillahirrahmanirrahim.



Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Semoga berjaya- Nusantarasa

Catatan Popular